Sejarah IPad 4

Khabar angin mengenai generasi iPad seterusnya mula didengari tidak lama selepas pelancaran iPad (Generasi ketiga). Pada waktu tersebut, iPad yang baru dikatakan akan mempunyai saiz yang lebih kecil.[6] Lebih banyak khabar angin muncul termasuklah beberapa maklumat dalaman terutama gambar-gambar komponen, bocor.[7] Pada 16 Oktober 2012, Apple telah mengumumkan satu acara di California yang akan diadakan pada 23 Oktober. Maklumat lanjut tidak diberitahu tetapi ramai menganggap ia mengenai iPad Mini.[8][9]

Pada acara tersebut, CEO Apple memperkenalkan beberapa produk baru termasuklah generasi baru MacBook Pro, Mac Mini, dan juga iMac sebelum memperkenalkan iPad Mini dan iPad (generasi keempat).[10] Apple juga menyatakan bahawa iPad yang baru ini akan mula dijual pada 2 November 2012 dengan tempahan dalam talian bermula 26 Oktober di negara-negara terpilih.[1] Selain itu, Apple juga mengumumkan bahawa jualan iPad (generasi ketiga) akan dihentikan menyebabkan pembeli iPad (generasi ketiga) merasa tidak puas hati dengan pengumuman yang tidak disangka ini.[11] Walaubagaimanapun, iPad 2 masih lagi dijual.